Sunday, December 28, 2008

Malam yang Sempurna

Baringnya tubuh melihat awan,
Menyambung titik angkasa dengan lidahku,
Angin dingin menari kegirangan,
Lepas sudah tekanan hariku.

Bulan yang pilu menunjukkan wajah,
Duduklah ia menyendiri di situ,
Mengambanglah ia begitu indah,
Kesunyian mula menyelimuti aku.

Sempurna sungguh malam ini,
Tak mungkin senang ia dimusnahkan,
Usahlah dicuri dariku malam ini,
Aku hanya perlu satu ketenangan.

Friday, December 19, 2008

Ilusi

Ilusi,
Kau hanya sebuah bayangan,
Oh Ilusi,
Sebuah bayangan yang melekakan,

Ilusi,
Kau memberi harapan yang palsu,
Menghanyutkan aku jauh, dan jauh lagi!
Kau hanya melalaikan aku.

Aku terapung dihanyut ilusi,
Hati yang hanya mengharapkan,
Sebuah ilusi,
Bertukar menjadi kenyataan.

Oh naïf benar diri ini!
Mengharapkan sesuatu yang tidak pasti,
Bangunlah kau dari tidur ini,
Kejarlah kamu sebuah realiti.

Saturday, December 6, 2008

Rindu

Bila aku teringat kenangan bersama
Ku selalu akan bertanya,
Adakah kau mengingatinya juga?
Kenangan lama kita bersama.

Apabila aku duduk menyendiri,
Pasti kata-katamu bermain di fikiranku,
Ku akan berfikir, pasti,
Adakah kau juga sepertiku?

Pernahkah kau cuba membuangku dari hidupmu?
Kerana aku pernah cuba membuangmu dari hidupku,
Adakah kau berjaya membuang ku dari hidupmu?
Kerana aku gagal menyingkirmu dari hidupku.

Lemah benar terasa hati ini,
Pabila kau tiada di sini,
Ku terasa hidup ini kekurangan,
Pabila tiada kamu di pandangan.

Terasa bagai dunia ini kosong,
Walau ia penuh dengan orang,
Aku hanya mengukir sebuah senyuman,
Mungkin Tuhan hanya memberiku dugaan.