Friday, January 2, 2009

Bila Aku Pergi Sebelum Kamu.

Jika tiada esok bagiku,
Adakah kau akan merantapi pemergianku?
Terhentikah ruang waktu bagimu?
Atau kau akan melupakan aku?

Bila terhenti nadi di jasadku,
Dan tiada bagiku esok,
Usah kau lupa nasihatku,
You Never Lose Hope!

Bila kembalinya aku kepada-Nya,
Pandanglah aku buat kali terakhir,
Pusinglah masa bila kita bersama,
Kerna memori aku bersama kau sudah berakhir.

Tangislah kamu,
Sedihlah kamu,
Tapi ingat sayangku,
Aku sentiasa ada untukmu.

Senyumanku ada bersama hatimu,
Tawaku sentiasa ada di ingatanmu,
Kerna walau aku mati meninggalkanmu,
Aku hidup di dalam hatimu.

Jangan kau menghentikan langkah perjuanganmu,
Jangan kau rasa bersalah untuk melupakan aku,
Aku mahu kau meneruskan perjalananmu,
Aku tidak mahu menjadi sakit di hatimu.

Tibanya hari kita bersama,
Kita akan berjumpa,
Aku tersenyum dan tumpang gembira,
Melihat kau bersama keluarga yang kau bina.

2 comments:

[XOXO] said...

waaaahhh!!
nk xam ni...
smpt lg tlis entry br...
waaa...cedeynye aku bc..
erhk!

Scribbler said...

hehehe inspirasi di malam hari kot?
erk sis jgn seday kay?
saya dan over-thinking saya aje...
Bak term matematik dulu "Jika dan Hanya Jika" hehehe