Walaupun berbuih mulut ini berkata,
Tidak ada seorang pun yang akan mempercayai kata-kata ini,
Jiwa ini sudah mula penat meyakinkan kamu,
Baik mendiamkan diri sahaja.
Bila diri diam dari berbicara,
Kamu pula yang mula bertanya,
Tiada guna lagi, hati ini sudah penat,
Apa gunanya bercerita jika tidak ada yang percaya?
Biarlah apa yang terjadi menjadi rahsia di dalam hati,
Usah lagi berbicara, usah lagi diluahkan,
Walau senyum aku memberi seribu satu persoalan,
Iris mataku memberi seribu satu jawapan.
No comments:
Post a Comment